Rizab pertukaran asing

Rizab pertukaran asing (bahasa Inggeris Foreign exchange reserves atau Forex reserves) ialah simpanan matawang asing dan bon yang disimpan oleh bank pusat dan pihak berkuasa kewangan. Namun istilah ini selalu digunakan bagi pertukaran matawang asing dan emas, hak pengeluaran istimewa (SDR) dan kedudukan rizab IMF. Maksud yang lebih tepat adalah rizab antarabangsa rasmi atau rizab antarabangsa. Aset-aset bank pusat ini dipegang dalam pelbagai matawang kebanyakannya dalam dolar AS, Euro, Paun UK dan Yen Jepun, dan matawang ini digunakan untuk menjamin liabiliti iaitu pengeluaran matawang tempatan dan deposit rizab bank-bank lain dengan bank pusat, oleh kerajaan atau institusi kewangan.